Thursday, 1 January 2015

Review Mesin Jahit Global 505 ~ Terima Kasih Lazada

Views
Assalamualaikum

First entry untuk 2015 dan semangat baru, aura baru dan pelbagai perancangan untuk tahun ini. 

Misi membuat post entries 2014 yang ada tertangguh. 

Sekarang tengah menggila menjahit gara gara terbeli mesin jahit portable jenama Global 505. First time beli di lazada, service memang tiptop puas hati. Bayar barang petang ini. Esok dah sampai depan pintu rumah. Harga mesin jahit RM159 free delivery lagi. Dapat lagi diskaun RM10 sebab daftar newsletter lazada. Last total RM149. Kira mampu milik.


Sampai sahaja mesin jahit di rumah, boleh terus pakai hihi. Ada beli semeter kain cotton di Jakel masa raya puasa 2014 . Lama gila peram kain kan hahaha. 



Mesin jahit ini ada 8 jenis jahitan. Ada pedal kaki. Boleh pakai elektrik atau 4 biji bateri double A. 

Memang senang gila nak pakai. Lagi lagi untuk yang tiada kemahiran menjahit. Last menjahit dulu masa zaman tingkatan tiga dalam kelas Ekonomi Rumahtangga (ERT). 

Hasil jahitan pertama bantal untuk anak perempuan. Test test gitu. Segan nak tunjuk first hasil. Kita tunjuk second hasil sebab memang dah lama nak buat bantal empat segi sederhana besar untuk digunakan masa landing depan TV.






Siap dua biji dengan isian kekabu hihi

Saya memang rekemen siapa nak belajo menjahit sendiri atau nak jahit benda benda simple dirumah 😃

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

No comments:

Post a Comment