Monday, 4 November 2013

Malteser Choc Rice Crispy Snack Resipi ~ Sekali Makan Nak Lagi

Views
Assalamualaikum and Hi

Hari ini saya feeling feeling so Chocolateeeeee hihihi

Berasap dapur hari ini waktu malam, setelah sekian lama tak masak waktu malam. Gara-gara sekarang tengah famous Choc Rise Crispy snack.

Ini zaman masa kecik-kecik dulu, selalu buat dengan Mak di rumah. Kebiasaan masa nak dekat Hari Raya. Wajib bila mak ke kedai bakery, saya pun menyelit satu bag beso rice crispy and a big chuck of chocolate. Owh tak lupa, kertas biskut yang besar untuk letakkan di dalam nya. Sebab suka choc rise crispy beso-beso bulat. Sekali ngapp gigit baru puas hati hihihi...

Kali ini kita 'PIMP' sikit reseipi dengan auter dari original ke more kreatif punya. Zaman sekarang more and more kreatif. Ye dak...!!! Hihihi...

RESEIPI MALTESER CHOC RICE CRISPY

Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Satu kotak cereal Rice Crispy Cap Kellog (Terpulang pada masing-masing kalau jumpe bubble rice di bakery--> Lagi murah )
2. Satu bar 250g cadbury milk --> Atau mana-mana chocolate bar. Ikut tekak masing-masing 
3. Satu paket Malteser--> Ini feveret cik puan Ac sejak dari kecik sampai dah kawin. 
4. Bekas tupperware atau ape-ape yang bertutup
5. Butter 250g --> Yang ini terpulang pada masing-masing nak letak butter ke tak hihihi. Sebab tanpa butter pun sedappp. Dengan butter...fuh lemak berkrim coklat hihihi
6. Satu paket smarties & kit kat untuk hiasan






Perkakasan yang diperlukan:
1. 2 jenis periuk --> Sebab masak chocolate kena double boiling
2. Mangkuk besar
3. Sudip


Bahagian Pertama: 

Dua Periuk diperlukan sebab teknik double boiling untuk cairkan coklat. 
Periuk paling bawah berisi air


Agak-agak periuk dah panas. 
Letakkan chocolate cadbury, ikut sukatan masing-masing.
Sebab cik puan ac berdua sahaja dengan hubby. 
Jadi guna separuh sahaja cadbury bar untuk dicairkan.
Usha tengok separuh cair chocolate cadbury, tambah choc malteser.
Fuhhh malteser sedappp bila ngap tepat rangup dia nanti. 
Kira bola-bola mystery di dalam choc rice crispy
P/S Kalau ada yang nak letak butter, letak sekali dengan chocolate 

Agak-agak semua choclate cadbury cair.
Tuangkan rice crispy ikut sukatan masing-masing hihihi...


Pastu gaul-gaul rice crispy dengan chocolate cadbury 
hingga rata



Bahagian Kedua: Hiasan 

Cepat-cepat pindahkan ke dalam bekas sementara chocolate cair
dan hias lah ikut suka hati hihihi
Macam cik puan ac suke smarties...nampak colorful hihi
Tapi perasan sekarang ini smarties dah makin pudar warna banding zaman sekolah
Pucat sahaja colour smarties sekarang :(


Gambar di mana cik puan ac dengan hubby tak sempat tunggu 
chocolate kering betul-betul 
dah hadap makan sambil tengok tv hihihi



Cuba-cuba lah resipi simple ini hihihi
Murah and Jimat dari beli
Makan pun puas hati sebab boleh buat sendiri bebanyak kali hihihi

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

7 comments:

  1. macam sedap je..nak try buat lah..hihi

    ReplyDelete
  2. Wahhh dapnya thanks for the share sebaik jumpa hihi thanks again

    ReplyDelete
  3. Beli kt mna kellogg rice crispy cri kt tesco xd3

    ReplyDelete
  4. mne nak cari rice crispy??dkt psaraya ad x??

    ReplyDelete
  5. mane nk cari rice crispy nie??kat pasaraya ade x??

    ReplyDelete
  6. Ajerrrrr ngan sedap bebenor nampak nyer, awok nk nerai juger ler di ghomah karang...

    ReplyDelete