Sunday, 27 October 2013

Review BB Cushion Laniege and Stroller Sweet Cherry

Views
Assalamualaikum and Hi

Alhamdulillah hari ini hari mengisi waktu bersama suami tercinta and anak. Kami meronda ke Tesco Ampang hingga ke Jusco Balakong. Balik awal dalam pukul 3 dengan harapan petang nanti ktorg nak keluar semula ke taman-taman Putrajaya dengan new stroller Alya. Hihihi...Saya sempat merembat new stroller untuk Alya tapi of course lah abahnya membayar. Terima kasih hubby!!! Your the bestt. Harga affordable RM439 untuk beroda 3 and boleh pakai sampai toddler. 

Sementara menunggu Quinny hadiah dari kawan saya. Sepatut pergi pick up sejak awal bulan September tapi sampai ke hari ini. Saya busy and kawan pun busy dengan kerja masing-masing even satu office. And Alya semakin hari semakin hantappp...bermusle-muscle udah mummy mu Alya. Tidak mampu kami berdua bergilir gilir dukung semasa berjalan-jalan tanpa stroller.

Tadaaa ini stroller baru Alya. Berwarna dark purple jenama Sweet Cherry. Sangattt cantiks and compact untuk disimpan. Plus ringan untuk saya sendiri simpan and buka. Beroda 3 lagi...memang tahap puas hati ktorg beli yang ini. Saya lupa macam mana nak lipat. Nanti saya upload balik gambar how compact stroller ini.


Ok berbalik pada topik bb cushion. Semalam keluar dengan bff ke area Jalan TAR and SOGO. Sempat saya merembat BB Cushion Laniege. Sebenarnya dari preggy lagi dah berkenan nak beli ganti bb cream yang sudah habis tapi kerana dek sarat preggy. Last-last saya beli bedak arab russet masa mengandung. Kejab je saya satisfied dengan bedak arab itu. Hihihi...rasa macam pakai tepung dimuka.

Apa yang saya boleh kata mengenai BB Cushion Laniege?? 
Sangat sangat superb best!!! Memang jatuh hati masa beauty consultant Laniege touch up di muka. Sempat dia cakap kulit muka saya sangat cantiks bila dia remove bedak dari muka saya. Phewittt kembang semangkuk sekejab masa itu. Bila dia pakaikan dap dap di muka saya. Saya rasa sangat flawless pakai and muka nampak "glassy". Lupa pulak nama beauty consultant Laniege itu. She very nice. Memang terus rembat. Patut rembat sekali lipstick No 118 tapi out of stock. Harga sangat affordable. RM145 termasuk refill. Maksud dalam compact dah ada satu isi bb cushion and on top of that. Ada spare satu lagi. Sangat berbaloiii.
Selain dari itu, saya dapat free sample water bank iaitu latest produk Laniege. Free membership lifetime. Voucher untuk beli bb cushion dengan harga RM120 --> INI BEST SEBAB BOLEH BELI SIAP SIAP STOK HAHAHAH. Voucher-voucher lain,  dapat freegift bila bawak BFF ke Laniege and she signup jadi membership Laniege. Fuh berpeluh peluh tengok voucher best-best.


Today first trial pakai bb cushion keluar jalan-jalan. Senang sungguh nak pakai...dap dap kat muka. Secara automatik dia resap ke kulit muka tanpa tinggal muka kecapuk atau macam hantu zombie. Saya rasa muka sangat cantiksss hari ini hahahaha....Puji diri sendiri jelah kan...kekekkeke...
And paling paling teruja sebab saya kulit berminyak di T Zone. Biasa kalau pakai apa apa mesti confirm kawasan T zone dah pudar kaler bedak. TAPI TIDAK BB CUSHION INI. HANYA MINYAK SAHAJA KELUAR AND MUKA STILL MAINTAIN KALER BB CUSHION ITU. Memang patut BB Cushion Laniege dapat award as best seller BB and No 1.



Yang pasti...saya akan stick lama dengan Laniege BB Cushion dan akan beli semula bila habis.


Kalau nak beli cuba check di FB Page Laniege Malaysia untuk mencari booth atau kedai berdekatan awak.

* Laniege Malaysia tidak membayar saya untuk membuat produk review ini. Ini review personally diri saya sendiri*



Enjoy the rest of Sunday Evening.
Asiah Azhar also known as Cik Puan Ac
 





Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

No comments:

Post a Comment